Showing posts with label Tips cantik. Show all posts
Showing posts with label Tips cantik. Show all posts

Saturday, 8 March 2014

Petua Penjagaan Kuku

Teks:Christina Sc Yong


Sekali pandang wajah itu tampak begitu ayu dan sempurna dengan kulit tegang,suci bersih tanpa noda,mata bundar,bulu mata melantik serta bibir merah delima.Penerokaan menikmati keindahan dan kejelitaan itu diteruskan pula hingga ke jari jemari.Malangnya kekaguman itu terhenti disitu,apabila terpandang kukunya yang kotor,kusam,pucat dan seakan raput.

Kuku yang sihat dan terawat merupakan cermin keperibadian diri seseorang dalam menjaga kesihatan dan kebersihan diri.Sebenarnya rawatan kuku tidaklah sukar,ianya perlu dilakukan secara rutin.Banyak cara yang boleh dilakukun di rumah tanpa menghabiskan wang dipusat kecantikan.


Cara merawat kuku

01.Bersihkan kuku dengan air bersih sebelum melakukan rawatan.hal ini bagi mencegah daripada berlakunya jangkitan.

02.Potong kuku sesuai dengan bentuk yang diinginkan seperti oval.segiempat,bulat,almond dan squoval.Panjang pendeknya disesuaikan dengan selera dan keselesaan dalam melakukan aktiviti seharian.


03.Rendamkan kaki dan tangan dengan air suam yang di tabur garam selama 5-10 minit.Jika sudah terasa lembut,berus dengan berus berbulu halus.Kemudian keringkan menggunakan tuala.Cara ini untuk menghaluskan kulit dan mengangkat sel-sel kulit mati.


Mengatasi

Maltivitamin
Banyakkan pengambilan makanan yang mengandungi maltivitamin yang dihasilkan untuk penjagaan kesihatan kuku.meminum air putih juga dapat menyehatkan tubuh serta membantu agar kuku tidak kering.


Bawang putih
Pengunaan bawang putih juga menjadi pilihan dalam merawat kuku.Belah bawang putik kepada dua bahagian cucuk kuku kedalam bawang putih,selama 5 minit dan bilas dengan air suam.Ia membantu kuku menjadi sehat dan tidak raput lagi.


Garam laut dan lemon
Untuk menghilangkan sel kulit mati anda bolehlah melarutkan garam laut yang dicampur dengan lemon.Gosokkan ramuan ini dengan menggunakan berus gigi yang tidak terpakai.Jika ia di jadikan rutin sekali seminggu ,maka anda akan mendapati kulit tanggan dan kuku yang bebas dari kotoran.


Susu
Panaskan 1 cawan susu didalam ketuhar sehingga suhunya cukup selesa semasa disentuh.Rendamkan tangan selama 5 minit untuk menguatkan kuku dan melembapkan kulit.Kandungan susu berisi asid laktik dan asid alphahidro yang mampu mengelupaskan sel kulit mati dengan lembut,tetapi mengandungi kalsium yang berguna untuk menguatkan kuku yang mudah patah.


Madu,telur dan minyak zaitun
Manafaatnya adalah untuk melembutkan dan melembapkan kuku.Bagi mereka yang memiliki kuku yang kering dan kurang nutrisi,caranya campurkan dua sudu makan madu dan minyak zaitun dipanaskan.Setelah itu campurkan madu dan minyak zaitun,suamkan lalu di campur dengan telur.Sapukan campuran itu ke kuku secara rata dan tunggu 10-15 minit kemudian dibersihkan dengan air suam.


Belimbing buluh
Gosokkan belimbing buluh pada kuku bagi membersihkan kotoran-kotoran yang terdapat dicelah-celah kuku.Kuku akan kelihatan sihat dan bersih.


Vitamin B
Pemakanan juga harus dijaga,makan makanan yang kaya dengan vitamin B seperti kacang,kuning telur,pisang,tempe dan hati.Makanan yang kaya dengan biotin juga baik untuk mengelakkan kuku daripada terbelah.


Cuka
Bagi mereka yang suka simpan kuku panjang,bolehlah amalkan merendam kuku dalam air cuka.Tujuannya untuk kekalkan ketahanan kuku dan menguatkan kuku.

Minyak zaitun
Minyak zaitun boleh dijadikan sebagai pelembap kuku.Gunakkan setiap malam sebagai pelembap untuk mambantu melembapkan,merangsang dan pertumbuhan kuku.


Limau nipis
Gosok limau nipis di setiap kuku selama 10-15 minit dan bersihkan dengan air suam.Ini untuk mendapatkan kuku yang berkilat.


Walaupun sesibuk mana kita dengan rutin harian,namun menjaga kesihatan kuku tetap penting.Luahkanlah waktu untuk merawat kuku,kerana selain kelihatan cantik,juga dapat menghindarkan kita daripada penyakit yang mungkin muncul.



Selamat mencuba.

Saturday, 1 March 2014

Penjagaan Kulit


Teks:Christina Sc Yong


 Ramai wanita mahupun lelaki yang tertanya-tanya bagaimana menjaga kelembapan,kecantikan dan kesihatan kulit kita.Kehilangan kelembapan adalah perkara lumrah pada kulit.Lebih teruk lagi jika tidak melakukan apa-apa rawatan.




 Tiga faktor penyebab kulit kering dan rosak;
 01.Sinar matahari akan memberi pengaruh bagi mereka yang tidak baik bagi mereka yang berhadapan dengan masalah penuaan.Sinar bahaya perlu dihandari pada jam 10 pagi hingga 3 petang.ini adalah bagi mencegah sinar ultra violet.pengunaan pelindung matahari adalah sangat digalakkan.   

02.Masalah  radikal bebas adalah efek daripada penggunaan bahan kimia dan perubaan cuaca yang mendadak.Radikal bebas turut di lebelkan sebagai molekul ganas,yang boleh menjejaskan pertumbuhan kolagen.

03.Kelembapan udara yang kurang stabil turut menyumbang kepada masalah kulit.Lebih-lebih lagi di kawasan tropika yang cukup terkenal dengan cuaca begini.


Cara-cara mengatasi kulit yang kering dan kusam.

01.Banyakkan minum air putih kerana manafaat meminum air putih ternyata tidak dapat disangkal lagi.Ianya merupakan elemen terpenting dalam mendapatkan kulit yang segar dan lembap.Selain pengambilan air putih,meminum teh hijau juga bagus untuk kulit.Kandungan antioksidan dalam teh hijau adalah opsyen terbaik bagi membantu mengekalkan kelembapan kulit untuk jangka masa panjang.



02.Tekanan tidak asing lagi didunia yang serba moden ini.Tidak kiralah anda bos,perkerja ataupun suri rumahtangga.Sebolehnya hindarilah tekanan,kerana tekanan boleh mengakibatkan kulit bertukar tegang dan seterusnya kering dan kusam.

03.Nutrisi yang dipilih ketika makan juga mempengaruhi kondisi kulit.Buah-buahan dan sayur-sayuran yang banyak mengandungi vitamin,adalah pilihan yang bagus dan perlu dijadikan rutin dalam pengambilan makanan harian.



04.Bagi mereka yang malas membersikan diri atau malas mandi,janganlah menjadikan sebagai satu tabiat.Kerana ia juga boleh menjadi punca kepada masalah kulit.Pastikan anda mandi sekurang-kurangnya 2 kali sehari.

05.Tidur atau rehat seseorang itu juga memainkan peranan penting dalam menjaga kelembapan kulit.Jangan biasakan diri untuk berkerja pada waktu malam,kerana ia akan menganggu waktu istirehat.Amalkan mandapat tidur selama 7 hingga 8 jam sehari,agar kulit kelihatan segar.

06.Melakukan rawatan kulit secara konsisten dapat membantu melembapkan dam membuang sel mati.Tidak kiralah menggunakan kaedah moden atau tradisional.





Terima kasih kepada semua yang membaca ruangan ini,semoga apa yang saya kongsikan didalam  ini dapat membantu semua dalam menjaga kesihatan,kelembapan dan kecantikan kulit.
Salam semua.


Friday, 21 February 2014

Membentuk Kening

 Teks:Christina sc yong


Ramai dikalangan wanita moden,mengabaikan teknik yang betul dalam membentuk bulu kening mereka.Teknik membentuk bulu kening yang salah boleh mempengaruhi wajah seseorang itu,misalnya wajah seseorang itu menjadi garang atau sedih.Bulu kening yang dibentuk sepadan dengan bentuk muka boleh menambah seri dan kejelitaan.

Bukan semua wanita memiliki kening yang sempurna,ada segelintir memiliki bulu kening yang lebat dan tebal.Manakala ada wanita yang mempunyai bulu kening yang nipis dan halus.Bagi wanita yang mempunyai kening yang lebat dan tebal adalah satu bonus bagi mereka,ini adalah kerana proses pembentukan kening sangat mudah.Manakalah bagi mereka yang memiliki bulu kening yang nipis kepakaran dan teknik yang betul dalam membentuk kening adalah sangat penting.Terdapat lima bentuk kening yang asas iaitu normal,bersudut,melengkung,serong dan lurus.Manakala saiz bulu kening pula diketegorikan kepada tiga tebal,nipis dan sederhana.
Membentuk kening hendaklah sesuai dengan bentuk muka,dahi dan mata individu.Adakalahnya saiz bulu kening bergantung kepada kehendak individu itu sendiri.Terdapat enam bentuk wajah yang harus dititik beratkan dalam membentuk bulu kening.

01.Bentuk wajah panjang:bagi bentuk wajah panjang,kening haruslah dibentuk menjadi rata dan panjang pada ekor bagi impak keseimbangan pada bentuk wajah.
02.Bentuk muka segiempat:selalunya di bentuk secara melengkung bagi menghilangkan pandangan pada rahang pipi.Jika bentuk bulat atau segitiga di bentuk padah mereka yang mempunyai bentuk wajah ini,akan menampakan penampilan tulang rahang yang agak besar.
03.Bentuk wajah bulat:bagi mereka yang mempunyai bentuk wajah bulat,tajamkan sedikit bahagian puncak kening untuk membentuk wajah menjadi sedikit bujur.
04.Bentuk wajah hati:mereka yang mempunyai wajah bentuk hati,pendek dan tebalkan kening bagi memberi ilusi pada dagu yang pendek,Elakkan membentuk terlalu panjang kerana dagu akan kelihatan runcing dan panjang.
05.Bentuk wajah permata(Diamond)Bagi mereka yang mempunyai wajah berbentuk permata(diamond),lebih sesuai membentuk kening sedikit bersegi pada tengah kening,bagi memberi ilusi pada bahagian tengah muka supaya kelihatan lebih kecil.
06.Wajah bentuk ovul pula,buluh kening hendaklah dipanjangkan sedikit ekornya,tetapi jangan terlalu bersegi,elakkan juga membentuk kening terlalu tebal.

Bagi mereka yang mempunyai dahi yang rendah dan sempit,pastikan kening di bentuk melengkung sedikit.Manakala bagi mereka yang mempunya mata yang agak rapat,sesuai dengan bentuk lengkungan yang tinggi dengan jarak di antara kening dilebarkan dan hujungnya dipanjangkan.
Semoga serba sedikit dapat membantu,selamat mencuba.