Sunday 16 February 2014

Tentang aku...

Teks:christina sc yong


Salam perkenalan buat semua pengguna alam maya.Saya Christina sc yong,lebih dikenali dengan panggilan Dilla di kalangan ahli keluarga dan teman-teman.Dilahirkan pada tanggal 15 januari 1984 dan dibesarkan olah datuk dan nenek saya di daerah keningau sabah.mempunyai 3 orang adik tiri,saya bersyukur walaupun tidak sebapa hubungan kami baik.

Setelah tamat sekolah Tingkitan 5,saya mengambil keputusan untuk terus keluar berkerja.Untuk membantu meringankan beban datuk dan nenek saya.Mempunyai minat yang mendalam kepada dunia kecantikan,saya tanpa teragak-agak menyertai krusus Professional make-up dan Profassional nail art.Dengan kepakaran yang saya ada,dapatlah saya menjadi mak andam secara sambilan kepada mereka yang maukan hasil kerja tangan saya.

Pada tahun 2008,saya telah merantau ke klang selangor.Berkerja di negeri orang bukanlah sesuatu yang mudah,tanpa keluarga di sisi hanya tuhan saja yang tahu.Tetapi saya bersyukur, kerana pengalaman ini mengajar saya untuk lebih berdikari dan yakin kepada diri dalam membuat sesuatu keputusan.

Pada 04 jun 2011,saya telah menamatkan zaman bujang bersama suami tercinta Sean Choy.Perkenalan ditempat kerja telah membawa kami kebahtera rumatangga.Dengan izinnya kami telah di karuniakan seorang puteri yang di beri nama Nerissa Bel Choy.Dilahirkan pada 28 september 2012 di hospital pantai cheras.Lengkaplah keluarga kami dengan kehadirannya.

Semasa di bangku sekolah,saya bukanlah seorang yang gemar membaca.Ianya bermula setelah saya berkerja.Buku yang selalu menarik minat saya,adalah berkisahkan tentang kecantikan dan kesihatan.Novel juga adalah salah satu daripada buku yang saya gemari.

Pernah menceburi bidang perniagaan MLM uptrend dan perniagaan pakaian secara online.Tetapi disebabkan masa kerja yang tidak menizinkan untuk saya membuat perniagaan ini,terus terputus di tengah jalan.

Saya sangat berharap dengan menyertai kelas asas blog ini,dapat membantu saya dalam bidang perniagaan yang akan saya ceburi.Serta dapat berkongsi pengalaman dengan para ibu dan suri rumah,tentang kepentingan kecantikan.Walaupun  hanya sebagai seorang suri rumah.kerana penjagaan kecantikan itu penting.




No comments:

Post a Comment