Sunday 23 February 2014

Perancangan awal percutian

Teks:Christina sc yong



Perancangan awal percutian adalah lebih baik,dalam merealisasikan percutian impian bersama keluarga.Terlebih dahulu senaraikan destinasi percutian idaman yang ingin dikunjungi.Ambil sedikit waktu berbincang bersama suami,melalui perbincangan secara tidak langsung percutian itu akan lebih dihargai dan dapat memberi pendapat serta berkongsi aktiviti sepanjang percutian itu nanti.Industri pelancongan banyak bergantung kepada keadaan ekenomi sesebuah negara serta permintaan pelancong.oleh itu adalah lebih baik jika menempah tiket lebih awal,bagi mendapat harga yang lebih murah.


Perancangan awal sudah boleh dimulakan,dengan menyenaraikan destinasi dan aktiviti yang ingin dilakukan saat bercuti.Rancang dimana anda sekeluarga akan menginap,makan,pengangkutan dan aktiviti yang sesuai dilakukan didestinasi yang dituju.Serta tiket penerbangan,kos pemandu pelancong jika perlu dan kos makanan,supaya perbelanjaan akan lebih teratur.


Setiap awal tahun,banyak promosi harga istimewa dan juga lebih murah ditawarkan oleh pelbagai agensi.Syarikat penerbangan misalnya,dengan pembelian tiket lebih awal,boleh memperolehi tiket pada harga yang lebih murah dan berbaloi.Apabila memilih untuk bercuti di luar negara pula,pililah negara yang mengadakan promosi pelancongan.Contohnya negeri eropah yang giat mengadakan promosi pelancongan menjelang musim sejuk.


Secara tidak langsung dengan promosi yang ditawarkan ini,boleh berjimat dan wang belanja selebihnya boleh digunakan untuk membeli buah tangan untuk rakan dan keluarga.manakala segalah keperluan percutiaan adalah lebih baik dilakukan lebih awal lagi.Oleh itu untuk memudahkan dan lebih menjimatkan belilah kelengkapan ini perlahan-lahan berbanding membeli semua sekali gus.

 Dana kecemasan juga perlu di titik beratkan,simpanlah 20 peratus daripada anggaran perbelanjaan percutian untuk kecemasan.Ianya amat berguna jika berlakunya sebarang perkara yang tidak dingini seperti jatuh sakit atau memerlukan rawatan hospital semasa percutiaan.
Selamat merancang percutian .

No comments:

Post a Comment