Friday 21 March 2014

Demam

Teks:Christina Sc Yong



Salam semua rasa hari ini dah masuk lima hari tak buka blog,maklumlah sekarang ni musim demam dan batuk.Tak terkecuali juga si kecil ku,demam dan batuk menyerang.Hanya tuhan saja yang tahu bagaimana perasaan melihat si kecil sakit.Almaklumlah ini pengalaman pertama melihat si kecil begitu.

Walaupun demam bukanlah penyakit utama.kondisi ini merupakan reaksi tubuh terhadap suatu penyakit.Demam biasa adalah petanda tubuh sedang melawan infeksi kerana suhu badan yang tinggi dapat meningkatkan metabolisma pada tubuh dengan lebih cepat dan melambatkan perkembangan kuman serta bakteria.Tetapi janganlah diabaikan penyakit ini.

Setelah mengetahui gejala demam pada si kecil,anda haruslah tahu cara mengatasinya.ada berberapa cara alami yang boleh dilakukan dengan sederhana di rumah:

01.Pengambilan ubat yang di berikan doktor,bagi menurunkan suhu panas anak.

02.Sediakanlah termometer dirumah bagi memantau suhu badan si kecil jika terkena demam.Suhu normal pada anak yaitu 36-37 darjah celcius dan apabila termometer menunjukkan suhu badab ke 37<  darjah celcius buatlah terapi ringan sebelum membawa si kecil berjumpa dengan doktor.

03.Pada saat panas tubuh si kecil meningkat,tubuh akan dehidrasi.Pengambilan air minum yang lebih banyak dari biasanya sangat penting dan digalakkan.

04.Pastikan pakaikan si kecil dengan baju yang nipis  dan longgar,hal ini bagi memudahkan tubuh mengeluarkan suhu panas.Jangan menggunakan selimut tebal kerana ia akan memburukan lagi tekanan suhu badan si kecil.


Seperti yang sering kita dengar,demam merupakan bahagian yang tidak akan terpisah dari proses tumbesaran si kecil.terkena demam adalah sesuatu yang biasa bagi melatih dan memperkuatkan sistem kekebalan tubuh si kecil anda.Tetapi jangan pandang remeh dengan demam si kecil,jika tekanan suhu badan tinggi,segerahlah dibawa si kecil berjumpa dengan doktor,bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini.

                                         

Saturday 15 March 2014

I-city

Teks:ChristinaSc Yong



Ini bukanlah kali pertama saya datang ke i-city untuk melihat keindahan warna warni lampu LED nya.Keindahan yang menarik banyak pengunjung untuk datang ke sana,begitu juga dengan adik saya  yang datang ke kuala lumpur semata-mata untuk berkunjung dan menikmati keindahan i-city itu sendiri.

Walaupun keadaan cuaca yang sangat teruk disebabkan jerebu,terpaksa juga saya berjalan sama,"orang dah datang dari jauh kan".Berjalan dari jam 9.30pm sampailah 12am,rasanya masih tidak mencukupi untuk melawat semua tempat di i-city.

Kami cuma sempat berjalan ke muzium lilin,Trick art museum dam melihat keindahan pohon palsu  yang dihiasi dengan lampu LED berwarna-warni.

                                          




Percutian ke i-city tidaklah seteruk yang disangkakan.Tetapi saya sangat bersetuju dengan mereka yang mengatakan tanpa RM ke i-city tiada maknanya.


Friday 14 March 2014

Menangis

Teks:Christina Sc Yong



Setiap yang dicipta pasti mempunyai kelebihan sendiri begitu juga dengan tangisan.Sesiapa saja pasti tidak kisah jika tangisan itu disebabkan kegembiraan,tetapi percayalah air mata kegembiraan tidak mengalir terlalu lama dibandingkan dengan airmata kesedihan.

Kita pasti pernah mendengar ayat "tiada guna menangis" yang sering diungkapkan oleh kebanyakan masyarakat. Ramai yang malu menangis kerana khuatir dilabelkan sebagai manja dan keanak-anakan.Cuba bertahan untuk tidak mengalirkan air mata,tetapi tahukah anda airmata mempunyai keajiban tersendiri?

Tekanan mempunyai impak yang buruk kepada kesihatan,boleh meningkatkan risiko serangan jantung dan kerosakan otak.Maka menangis adalah satu penawar untuk mengurankan tekanan dan meringankan beban yang di tanggung didada.Hal ini tentu sangat baik untuk kesihatan,kerana hasil penelitian bahawa air mata mengandungi hormon prolaktin yang efektif untuk melawan tekanan.



Seorang ahli biokimia,William fred telah melakukan beberapa kajian  tentang air mata dan mendapati bahawa air mata yang keluar dari hasil tangisan kerana emosional mengandungi racun.Tetapi jangan salah paham,keluarkan air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari badan dan mengeluarkan melalui mata.

Airmata juga dapat membantu penglihatan seseorang,cecair yang keluar dari mata dapat mencegah pengeringan pada membran mata yang membuat mata menjadi kabur.Airmata berkerja sebagai agen anti-bakteria dan anti-virus,melawan kuman.apatahlagi ketika berada dipusat membeli-belah.Air mata mengandungi lisozim,cecair, yang dapat membunuh 90 hingga 95 peratus dari semua bakteria hanya dalam 5-10 minit.

Seseorang yang menangis dapat mengurangkan tekanan dengan menangis dan mood seseorang akan datang kembali.Air mata yang dihasilkan melalui menangis kerana emosi mengandungi 24% protein albumin yang berguna dalam menormalkan sistem metabolisme tubuh jika dibandingkan dengan air mata yang dihasilakn akibat gangguan mata.

Selain baik untuk kesihatan fizikal,menangis juga boleh membantu mengiratkan hubungan.Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan teman-temannya atau seseorang yang boleh memberi sokongan,dan hal ini boleh meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosial.

Walaupun diduga dengan berbagai masalah dan cubaan ,namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega.Setelah menangis,sistem limbik,otak dan jantung akan menjadi lancar,dan hal ini membuat seseorang merasa lebih baik dan lega.keluarkanlah masalah dari fikiranmu dan menangis,jangan dipendam lama-lama perasaan itu.Disaat ada yang kau sedihkan tapi dunia hanya nampak yang gembira sahaja dari emosi plastik kau papar,dan sakit itu seorang yang hadapi,bersujutlah dan berdoa padanya.

Kesimpulannya menangislah selagi tangisan itu membawa kebaikan dan boleh menghilangkan tekanan.Tetapi harus diingati biarlah berpada-pada.




Tuesday 11 March 2014

Akademi berkerja dari rumah

Teks:Christina Sc Yong



Salam sejahtera semua,saya bukanlah suri yang berkarja di rumah tetapi mempunyai cita-cita untuk menjadi suri rumah yang berjaya.Berkerja di rumah dan melihat si kecil membesar depan mata dengan telatahnya yang membuat diri ini berbunga-bunga kegembiraan.

Menjadi seorang pelajar akademi berkerja di rumah,sesuatu yang tidak pernah terlintas di dalam kepala ini.Sangat seronok berada didalam akademi ini,kerana dapat mempelajari kelas asas blog,penulisan,fanpage dan cara menjana pendapatan dari rumah.Dengan guru yang penuh kesabaran melatih dan menjawab setiap soalah yang diajuhkan.

Di akademi berkerja dari rumah ini pebelajaran dijalankan secara online dan masa kelas yang fleksible,untuk memberi peluang kepada kaum hawa menambah pendapatan keluarga,dengan menggunakkan kemajuan teknologi yang semakin canggih.


Bagi kaum hawa yang masi tercari-cari,cara menjana pendapatan dari rumah atau menambah pendapatan yang tidak pernah cukup,rasanya ABDR jawapan yang dicari-cari selama ini.

Saturday 8 March 2014

Petua Penjagaan Kuku

Teks:Christina Sc Yong


Sekali pandang wajah itu tampak begitu ayu dan sempurna dengan kulit tegang,suci bersih tanpa noda,mata bundar,bulu mata melantik serta bibir merah delima.Penerokaan menikmati keindahan dan kejelitaan itu diteruskan pula hingga ke jari jemari.Malangnya kekaguman itu terhenti disitu,apabila terpandang kukunya yang kotor,kusam,pucat dan seakan raput.

Kuku yang sihat dan terawat merupakan cermin keperibadian diri seseorang dalam menjaga kesihatan dan kebersihan diri.Sebenarnya rawatan kuku tidaklah sukar,ianya perlu dilakukan secara rutin.Banyak cara yang boleh dilakukun di rumah tanpa menghabiskan wang dipusat kecantikan.


Cara merawat kuku

01.Bersihkan kuku dengan air bersih sebelum melakukan rawatan.hal ini bagi mencegah daripada berlakunya jangkitan.

02.Potong kuku sesuai dengan bentuk yang diinginkan seperti oval.segiempat,bulat,almond dan squoval.Panjang pendeknya disesuaikan dengan selera dan keselesaan dalam melakukan aktiviti seharian.


03.Rendamkan kaki dan tangan dengan air suam yang di tabur garam selama 5-10 minit.Jika sudah terasa lembut,berus dengan berus berbulu halus.Kemudian keringkan menggunakan tuala.Cara ini untuk menghaluskan kulit dan mengangkat sel-sel kulit mati.


Mengatasi

Maltivitamin
Banyakkan pengambilan makanan yang mengandungi maltivitamin yang dihasilkan untuk penjagaan kesihatan kuku.meminum air putih juga dapat menyehatkan tubuh serta membantu agar kuku tidak kering.


Bawang putih
Pengunaan bawang putih juga menjadi pilihan dalam merawat kuku.Belah bawang putik kepada dua bahagian cucuk kuku kedalam bawang putih,selama 5 minit dan bilas dengan air suam.Ia membantu kuku menjadi sehat dan tidak raput lagi.


Garam laut dan lemon
Untuk menghilangkan sel kulit mati anda bolehlah melarutkan garam laut yang dicampur dengan lemon.Gosokkan ramuan ini dengan menggunakan berus gigi yang tidak terpakai.Jika ia di jadikan rutin sekali seminggu ,maka anda akan mendapati kulit tanggan dan kuku yang bebas dari kotoran.


Susu
Panaskan 1 cawan susu didalam ketuhar sehingga suhunya cukup selesa semasa disentuh.Rendamkan tangan selama 5 minit untuk menguatkan kuku dan melembapkan kulit.Kandungan susu berisi asid laktik dan asid alphahidro yang mampu mengelupaskan sel kulit mati dengan lembut,tetapi mengandungi kalsium yang berguna untuk menguatkan kuku yang mudah patah.


Madu,telur dan minyak zaitun
Manafaatnya adalah untuk melembutkan dan melembapkan kuku.Bagi mereka yang memiliki kuku yang kering dan kurang nutrisi,caranya campurkan dua sudu makan madu dan minyak zaitun dipanaskan.Setelah itu campurkan madu dan minyak zaitun,suamkan lalu di campur dengan telur.Sapukan campuran itu ke kuku secara rata dan tunggu 10-15 minit kemudian dibersihkan dengan air suam.


Belimbing buluh
Gosokkan belimbing buluh pada kuku bagi membersihkan kotoran-kotoran yang terdapat dicelah-celah kuku.Kuku akan kelihatan sihat dan bersih.


Vitamin B
Pemakanan juga harus dijaga,makan makanan yang kaya dengan vitamin B seperti kacang,kuning telur,pisang,tempe dan hati.Makanan yang kaya dengan biotin juga baik untuk mengelakkan kuku daripada terbelah.


Cuka
Bagi mereka yang suka simpan kuku panjang,bolehlah amalkan merendam kuku dalam air cuka.Tujuannya untuk kekalkan ketahanan kuku dan menguatkan kuku.

Minyak zaitun
Minyak zaitun boleh dijadikan sebagai pelembap kuku.Gunakkan setiap malam sebagai pelembap untuk mambantu melembapkan,merangsang dan pertumbuhan kuku.


Limau nipis
Gosok limau nipis di setiap kuku selama 10-15 minit dan bersihkan dengan air suam.Ini untuk mendapatkan kuku yang berkilat.


Walaupun sesibuk mana kita dengan rutin harian,namun menjaga kesihatan kuku tetap penting.Luahkanlah waktu untuk merawat kuku,kerana selain kelihatan cantik,juga dapat menghindarkan kita daripada penyakit yang mungkin muncul.



Selamat mencuba.

Saturday 1 March 2014

Penjagaan Kulit


Teks:Christina Sc Yong


 Ramai wanita mahupun lelaki yang tertanya-tanya bagaimana menjaga kelembapan,kecantikan dan kesihatan kulit kita.Kehilangan kelembapan adalah perkara lumrah pada kulit.Lebih teruk lagi jika tidak melakukan apa-apa rawatan.




 Tiga faktor penyebab kulit kering dan rosak;
 01.Sinar matahari akan memberi pengaruh bagi mereka yang tidak baik bagi mereka yang berhadapan dengan masalah penuaan.Sinar bahaya perlu dihandari pada jam 10 pagi hingga 3 petang.ini adalah bagi mencegah sinar ultra violet.pengunaan pelindung matahari adalah sangat digalakkan.   

02.Masalah  radikal bebas adalah efek daripada penggunaan bahan kimia dan perubaan cuaca yang mendadak.Radikal bebas turut di lebelkan sebagai molekul ganas,yang boleh menjejaskan pertumbuhan kolagen.

03.Kelembapan udara yang kurang stabil turut menyumbang kepada masalah kulit.Lebih-lebih lagi di kawasan tropika yang cukup terkenal dengan cuaca begini.


Cara-cara mengatasi kulit yang kering dan kusam.

01.Banyakkan minum air putih kerana manafaat meminum air putih ternyata tidak dapat disangkal lagi.Ianya merupakan elemen terpenting dalam mendapatkan kulit yang segar dan lembap.Selain pengambilan air putih,meminum teh hijau juga bagus untuk kulit.Kandungan antioksidan dalam teh hijau adalah opsyen terbaik bagi membantu mengekalkan kelembapan kulit untuk jangka masa panjang.



02.Tekanan tidak asing lagi didunia yang serba moden ini.Tidak kiralah anda bos,perkerja ataupun suri rumahtangga.Sebolehnya hindarilah tekanan,kerana tekanan boleh mengakibatkan kulit bertukar tegang dan seterusnya kering dan kusam.

03.Nutrisi yang dipilih ketika makan juga mempengaruhi kondisi kulit.Buah-buahan dan sayur-sayuran yang banyak mengandungi vitamin,adalah pilihan yang bagus dan perlu dijadikan rutin dalam pengambilan makanan harian.



04.Bagi mereka yang malas membersikan diri atau malas mandi,janganlah menjadikan sebagai satu tabiat.Kerana ia juga boleh menjadi punca kepada masalah kulit.Pastikan anda mandi sekurang-kurangnya 2 kali sehari.

05.Tidur atau rehat seseorang itu juga memainkan peranan penting dalam menjaga kelembapan kulit.Jangan biasakan diri untuk berkerja pada waktu malam,kerana ia akan menganggu waktu istirehat.Amalkan mandapat tidur selama 7 hingga 8 jam sehari,agar kulit kelihatan segar.

06.Melakukan rawatan kulit secara konsisten dapat membantu melembapkan dam membuang sel mati.Tidak kiralah menggunakan kaedah moden atau tradisional.





Terima kasih kepada semua yang membaca ruangan ini,semoga apa yang saya kongsikan didalam  ini dapat membantu semua dalam menjaga kesihatan,kelembapan dan kecantikan kulit.
Salam semua.


Sunday 23 February 2014

Perancangan awal percutian

Teks:Christina sc yong



Perancangan awal percutian adalah lebih baik,dalam merealisasikan percutian impian bersama keluarga.Terlebih dahulu senaraikan destinasi percutian idaman yang ingin dikunjungi.Ambil sedikit waktu berbincang bersama suami,melalui perbincangan secara tidak langsung percutian itu akan lebih dihargai dan dapat memberi pendapat serta berkongsi aktiviti sepanjang percutian itu nanti.Industri pelancongan banyak bergantung kepada keadaan ekenomi sesebuah negara serta permintaan pelancong.oleh itu adalah lebih baik jika menempah tiket lebih awal,bagi mendapat harga yang lebih murah.


Perancangan awal sudah boleh dimulakan,dengan menyenaraikan destinasi dan aktiviti yang ingin dilakukan saat bercuti.Rancang dimana anda sekeluarga akan menginap,makan,pengangkutan dan aktiviti yang sesuai dilakukan didestinasi yang dituju.Serta tiket penerbangan,kos pemandu pelancong jika perlu dan kos makanan,supaya perbelanjaan akan lebih teratur.


Setiap awal tahun,banyak promosi harga istimewa dan juga lebih murah ditawarkan oleh pelbagai agensi.Syarikat penerbangan misalnya,dengan pembelian tiket lebih awal,boleh memperolehi tiket pada harga yang lebih murah dan berbaloi.Apabila memilih untuk bercuti di luar negara pula,pililah negara yang mengadakan promosi pelancongan.Contohnya negeri eropah yang giat mengadakan promosi pelancongan menjelang musim sejuk.


Secara tidak langsung dengan promosi yang ditawarkan ini,boleh berjimat dan wang belanja selebihnya boleh digunakan untuk membeli buah tangan untuk rakan dan keluarga.manakala segalah keperluan percutiaan adalah lebih baik dilakukan lebih awal lagi.Oleh itu untuk memudahkan dan lebih menjimatkan belilah kelengkapan ini perlahan-lahan berbanding membeli semua sekali gus.

 Dana kecemasan juga perlu di titik beratkan,simpanlah 20 peratus daripada anggaran perbelanjaan percutian untuk kecemasan.Ianya amat berguna jika berlakunya sebarang perkara yang tidak dingini seperti jatuh sakit atau memerlukan rawatan hospital semasa percutiaan.
Selamat merancang percutian .