Friday 14 March 2014

Menangis

Teks:Christina Sc Yong



Setiap yang dicipta pasti mempunyai kelebihan sendiri begitu juga dengan tangisan.Sesiapa saja pasti tidak kisah jika tangisan itu disebabkan kegembiraan,tetapi percayalah air mata kegembiraan tidak mengalir terlalu lama dibandingkan dengan airmata kesedihan.

Kita pasti pernah mendengar ayat "tiada guna menangis" yang sering diungkapkan oleh kebanyakan masyarakat. Ramai yang malu menangis kerana khuatir dilabelkan sebagai manja dan keanak-anakan.Cuba bertahan untuk tidak mengalirkan air mata,tetapi tahukah anda airmata mempunyai keajiban tersendiri?

Tekanan mempunyai impak yang buruk kepada kesihatan,boleh meningkatkan risiko serangan jantung dan kerosakan otak.Maka menangis adalah satu penawar untuk mengurankan tekanan dan meringankan beban yang di tanggung didada.Hal ini tentu sangat baik untuk kesihatan,kerana hasil penelitian bahawa air mata mengandungi hormon prolaktin yang efektif untuk melawan tekanan.



Seorang ahli biokimia,William fred telah melakukan beberapa kajian  tentang air mata dan mendapati bahawa air mata yang keluar dari hasil tangisan kerana emosional mengandungi racun.Tetapi jangan salah paham,keluarkan air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari badan dan mengeluarkan melalui mata.

Airmata juga dapat membantu penglihatan seseorang,cecair yang keluar dari mata dapat mencegah pengeringan pada membran mata yang membuat mata menjadi kabur.Airmata berkerja sebagai agen anti-bakteria dan anti-virus,melawan kuman.apatahlagi ketika berada dipusat membeli-belah.Air mata mengandungi lisozim,cecair, yang dapat membunuh 90 hingga 95 peratus dari semua bakteria hanya dalam 5-10 minit.

Seseorang yang menangis dapat mengurangkan tekanan dengan menangis dan mood seseorang akan datang kembali.Air mata yang dihasilkan melalui menangis kerana emosi mengandungi 24% protein albumin yang berguna dalam menormalkan sistem metabolisme tubuh jika dibandingkan dengan air mata yang dihasilakn akibat gangguan mata.

Selain baik untuk kesihatan fizikal,menangis juga boleh membantu mengiratkan hubungan.Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan teman-temannya atau seseorang yang boleh memberi sokongan,dan hal ini boleh meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosial.

Walaupun diduga dengan berbagai masalah dan cubaan ,namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega.Setelah menangis,sistem limbik,otak dan jantung akan menjadi lancar,dan hal ini membuat seseorang merasa lebih baik dan lega.keluarkanlah masalah dari fikiranmu dan menangis,jangan dipendam lama-lama perasaan itu.Disaat ada yang kau sedihkan tapi dunia hanya nampak yang gembira sahaja dari emosi plastik kau papar,dan sakit itu seorang yang hadapi,bersujutlah dan berdoa padanya.

Kesimpulannya menangislah selagi tangisan itu membawa kebaikan dan boleh menghilangkan tekanan.Tetapi harus diingati biarlah berpada-pada.




No comments:

Post a Comment