Saturday 8 March 2014

Petua Penjagaan Kuku

Teks:Christina Sc Yong


Sekali pandang wajah itu tampak begitu ayu dan sempurna dengan kulit tegang,suci bersih tanpa noda,mata bundar,bulu mata melantik serta bibir merah delima.Penerokaan menikmati keindahan dan kejelitaan itu diteruskan pula hingga ke jari jemari.Malangnya kekaguman itu terhenti disitu,apabila terpandang kukunya yang kotor,kusam,pucat dan seakan raput.

Kuku yang sihat dan terawat merupakan cermin keperibadian diri seseorang dalam menjaga kesihatan dan kebersihan diri.Sebenarnya rawatan kuku tidaklah sukar,ianya perlu dilakukan secara rutin.Banyak cara yang boleh dilakukun di rumah tanpa menghabiskan wang dipusat kecantikan.


Cara merawat kuku

01.Bersihkan kuku dengan air bersih sebelum melakukan rawatan.hal ini bagi mencegah daripada berlakunya jangkitan.

02.Potong kuku sesuai dengan bentuk yang diinginkan seperti oval.segiempat,bulat,almond dan squoval.Panjang pendeknya disesuaikan dengan selera dan keselesaan dalam melakukan aktiviti seharian.


03.Rendamkan kaki dan tangan dengan air suam yang di tabur garam selama 5-10 minit.Jika sudah terasa lembut,berus dengan berus berbulu halus.Kemudian keringkan menggunakan tuala.Cara ini untuk menghaluskan kulit dan mengangkat sel-sel kulit mati.


Mengatasi

Maltivitamin
Banyakkan pengambilan makanan yang mengandungi maltivitamin yang dihasilkan untuk penjagaan kesihatan kuku.meminum air putih juga dapat menyehatkan tubuh serta membantu agar kuku tidak kering.


Bawang putih
Pengunaan bawang putih juga menjadi pilihan dalam merawat kuku.Belah bawang putik kepada dua bahagian cucuk kuku kedalam bawang putih,selama 5 minit dan bilas dengan air suam.Ia membantu kuku menjadi sehat dan tidak raput lagi.


Garam laut dan lemon
Untuk menghilangkan sel kulit mati anda bolehlah melarutkan garam laut yang dicampur dengan lemon.Gosokkan ramuan ini dengan menggunakan berus gigi yang tidak terpakai.Jika ia di jadikan rutin sekali seminggu ,maka anda akan mendapati kulit tanggan dan kuku yang bebas dari kotoran.


Susu
Panaskan 1 cawan susu didalam ketuhar sehingga suhunya cukup selesa semasa disentuh.Rendamkan tangan selama 5 minit untuk menguatkan kuku dan melembapkan kulit.Kandungan susu berisi asid laktik dan asid alphahidro yang mampu mengelupaskan sel kulit mati dengan lembut,tetapi mengandungi kalsium yang berguna untuk menguatkan kuku yang mudah patah.


Madu,telur dan minyak zaitun
Manafaatnya adalah untuk melembutkan dan melembapkan kuku.Bagi mereka yang memiliki kuku yang kering dan kurang nutrisi,caranya campurkan dua sudu makan madu dan minyak zaitun dipanaskan.Setelah itu campurkan madu dan minyak zaitun,suamkan lalu di campur dengan telur.Sapukan campuran itu ke kuku secara rata dan tunggu 10-15 minit kemudian dibersihkan dengan air suam.


Belimbing buluh
Gosokkan belimbing buluh pada kuku bagi membersihkan kotoran-kotoran yang terdapat dicelah-celah kuku.Kuku akan kelihatan sihat dan bersih.


Vitamin B
Pemakanan juga harus dijaga,makan makanan yang kaya dengan vitamin B seperti kacang,kuning telur,pisang,tempe dan hati.Makanan yang kaya dengan biotin juga baik untuk mengelakkan kuku daripada terbelah.


Cuka
Bagi mereka yang suka simpan kuku panjang,bolehlah amalkan merendam kuku dalam air cuka.Tujuannya untuk kekalkan ketahanan kuku dan menguatkan kuku.

Minyak zaitun
Minyak zaitun boleh dijadikan sebagai pelembap kuku.Gunakkan setiap malam sebagai pelembap untuk mambantu melembapkan,merangsang dan pertumbuhan kuku.


Limau nipis
Gosok limau nipis di setiap kuku selama 10-15 minit dan bersihkan dengan air suam.Ini untuk mendapatkan kuku yang berkilat.


Walaupun sesibuk mana kita dengan rutin harian,namun menjaga kesihatan kuku tetap penting.Luahkanlah waktu untuk merawat kuku,kerana selain kelihatan cantik,juga dapat menghindarkan kita daripada penyakit yang mungkin muncul.



Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment